Virus l Perosak

                                       Virus

   Virus merupakan sebuah aturcara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki  komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya.Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya. McAfee mendefinisikan virus sebagai sebuah perisian aturcara yang bercantum dengan aturcara lain dalam memori komputer atau cakera dan merebak daripada satu aturcara kepada aturcara yang lain.

JENIS-JENIS VIRUS BIASA

JENIS PENERANGAN
BOOT SECTOR
Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.
PARTITION TABLE
Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.
FILE VIRUS
Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pafa fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik(sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan).
MULTIPARTITE VIRUS
Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan.
MACRO VIRUS
Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD.Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalakan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.
TROJAN HORSE
Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.
WORMS
Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.


VIRUS TERKENAL

JENIS PENERANGAN MENGENAI VIRUS TERKENAL
MELISSA
Adalah sejenis virus makro yang mengganas pada MAC 1999. Ia bercantum dengan dokumen Word menerusi fail Normal.doc dan ia disebarkan dengan dihantar sebagai emel. Apabila penerima membuka fail itu, ia akan menghidupkan MELISSA.Setelah itu ia akan menghantar emel yang mengandunginya kepada 50 orang yang terdapat dalam senarai emel penerima, dengan itu apabila emel yang dihantar itu dibuka maka virus itu akan merebak lagi kepada 50 orang lain. Secara tidak sengaja dan tanpa pengetahuan pengguna ia akan memenuhi sistem emel dan MELISSA akan mengawal kegiatan emel.
EXPLORE ZIP
Virus ini merupakan salah satu lagi virus yang merebak menerusi emel dan mula bertindak liar pada pertengahan 1999. Ia berfungsi hempir sama dengan Melissa iaitu menyerang emel dan menghantar salinan kepada setiap emel yang berada di dalam Inbox, kemudian ia akan diterima oleh penerima emel tersebut dan terus merebak daripada satu komputer kepada komputer yang lain.
BUBBLEBOY
Virus ini merupakan sebuah "WORM" yang muncul pada tahun 1999. Ia menyerang kelemahan keselamatan pada Microsoft Internet Explorer 5, Outlook dan Outlook Express.Bubbleboy akan memasukkan sebuah skrip virus kedalam komputer dan ia akan menyalin setiap alamat emel dalam Inbox dan menghantar virus kepada mereka.
CIH
Virus ini merupakan salah satu virus paling merbahaya dan ia masih merupakan yang paling ganas abad ini. CIH mula dikesan pada pertengahan tahun 1998 dan mempunyai beberapa variasi. Ia menghalang pengguna untuk mencapai cakera keras dengan memberitahu pengguna cakera keras rosak. Ia juga boleh memadamkan BIOS pada komputer dan merosakkan papan induk secara keseluruhannya. Ia tersebar menerusi web dengan menumpang pada fail yang dijangkiti.
ANTI CMOS
Virus ini dikesan pada 1994 di Hong Kong. Ia menyerang bahan sektor boot cakera keras yang mana ia akan dicapai pada ketika pengguna memulakan komputer. Ia juga akan menjangkiti disket dan ia akan disebarkan kepada komputer lain jika disket itu digunakan. Anti CMOS adalah antara virus yang sering dilaporkan kehadirannya hingga kini.
Top 10 viruses in March 2008
1 Troj/Pushdo
2 W32/Netsky
3 Mal/Iframe
4 W32/Mytob
5 W32/MyDoom
6 W32/Nyxem
7 W32/Bagle
8 W32/Sality
9 W32/Zafi
10 W32/Lovgate
Source: Sophos Anti-Virus
Add this info to your website
Top 10 virus hoaxes
1 Hotmail hoax
2 A virtual card for you
3 Olympic torch
4 MSN is closing down
5 Be My Valentine
6 Meninas da Playboy
7 Bonsai kitten
8 Bill Gates fortune
9 Budweiser frogs screensaver
10 Justice for Jamie
Source: Sophos Anti-Virus
Add this info to your website
Virus Advisories
•  TROJ_AGENT.VLW 
•  TROJ_SPAMBOT.AF 
•  TROJ_DROPPER.LCZ 
•  TROJ_DLOADER.UEF 
•  TROJ_DLOADER.EJC 
•  more...
 


Masa l Time
 
Counter
 
hit counter code
JUMLAH PENGUNJUNG DARI 05/11/08
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free