Membaikpulih PC

1.MOTHERBOARD

Dalam baikpulih komputer perkara yang paling penting adalah mengertahui masalah atau simptom-simptom yang dihadapi. Bahagian yang biasa bermasalah dalam komputer adalah motherboard, Power Supply dan Harddisk. Dalam ruangan ini disertakan simptom-simptom dan solution atau cara mengatasi masalah tersebut yang boleh diikuti oleh anda yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. Ini adalah perkara paling asas yang perlu diketahui

Pengujian

1. Sambungkan bekalan kuasa, monitor dan kad display (tidak perlu sekiranya on-board) kepada motherboard.
2. Kad display yang digunakan adalah bergantung kepada jenis monitor yang digunakan samada VGA/SVGA dll.
3. Sambungkan kabel bekalan kuasa pada motherboard. (Pastikan wayar hitam bertemu hitam)
4. Kemudian sambungkan kabel bekalan kuasa monitor kepada bekalan kuasa dan kabel data monitor perlu disambungkan kepada kad display yang digunakan.
5. Untuk langkah keselamatan supaya tidak berlaku ‘short circuit’ pada motherboard, lapikkan motherboard dengan benda-benda  berpenebat seperti kertas, plastik,papan dan sebagainya.
6. Akhir sekali setelah semuanya dipasang, ‘ON’kan suis bekalan kuasa.
7. Jika motherboard tersebut ‘OK’ monitor akan mengeluarkan image pada skrin.
8. Jika tidak, ia menunjukkan bahawa motherboard tersebut adalah rosak.

Troubleshooting

1. NO DISPLAY

Biasanya keadaan ini adalah disebabkan oleh bateri leakage (cair). Kesan daripada bateri leakage ini menyebabkan litar menjadi putus dan menyebabkan ‘short circuit’ pada motherboard.

SOLUTION

Mula-mula buka bateri supaya senang dilihat manakah litar yang putus disebabkan oleh cairan bateri tadi. Selepas itu, perlu mengikis kesan-kesan cairan pada litar-litar yang berkemungkinan telah putus supaya mudah diperiksa nanti. Untuk memastikan litar-litar yang dikikis tadi putus atau tidak, gunakan multimeter. Jika jarum multimeter menunjukkan bacaan menunjukkan litar tidak putus dan begitulah sebaliknya. Jika didapati litar putus, sambungkan kembali dengan menggunakan wayar ataupun apa-apa sahaja yang boleh mengalirkan arus pada litar. Setelah selesai memeriksa litar-litar tadi, gantikan bateri yang rosak dengan bateri yang baru. Kemudian buat pengujian kepada motherboard tersebut.

2. DISPLAY

RAM Error
Biasanya paparan ini dihasilkan oleh komputer jenis XT. Keadaan ini disebabkan oleh RAM (64Mb/128Mb/256Mb) pada bahagian Bank ) telah rosak.

SOLUTION

Periksa semua RAM pada bahagian BANK 0 dan pastikan manakah yang rosak. Tukarkan RAM ini dengan yang baru.

3. DISPLAY

Memory Size Error
Keadaan ini adalah disebabkan oleh nilai Cache Memory yang dimasukkan ke dalam ‘Setup’ adalah tidak betul mengikut nilai RAM yang digunakan.

SOLUTION

Boot komputer ini kembali dan tekan Ctrl-Alt-Esc serentak untuk masuk ke ‘Setup’. Tukar nilai Cache Memory kepada nilai yang betul. Contohnya 348 kepada 384. Save ‘Setup’ ini dan boot kembali komputer.

4. DISPLAY

Decreasing Available Memory
Ini mungkin disebabkan oleh RAM chip terangkat, rosak atau SIMMs tidak dimasukkan dengan sempurna.

SOLUTION

Periksa SIMMs samada ia dimasukkan dengan sempurna pada soketnya dan ganti jika perlu.

5. DISPLAY

Disket Drive 0 Track 0 Failed
Konfigurasi sistem silap. Drive yang sepatutnya tidak sama dengan ‘Setup’. Ia mungkin juga kerana kabel drive tidak dipasangkan dengan betul.

SOLUTION

Periksa ‘Setup’ dan pastikan drive yang betul telah dimasukkan pada konfigurasi. Kemudian periksa kabel drive samada ia dipasangkan dengan betul atau tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

6. DISPLAY

Gate A 20 Failure
Keyboard XT telah dipasangkan dengan tidak sengaja pada sistem komputer AT. Ia akan mengeluarkan bunyi beep seklai yang nyaring.

SOLUTION

Periksa suis yang terdapat dibawah keyboard dan setkkan kepada suis AT jika menggunkan komputer jenis AT. Jika display error yang sama masih ujud, maka gantikan dengan keyboard yang baru.

7. DISPLAY

No Timmer Tick
Ini mungkin kerana litar ‘timmer’ rosak atau chip BIOS rosak atau mungkin juga kerana versi BIOS yang digunakan adalah versi lama.

SOLUTION

Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan bantuan daripada dealer.

8. DISPLAY

[xxx] Optional ROM Bad Cheksum = [xxx] Kad-kad BIOS tertentu mungkin rosak

SOLUTION

Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan menukarkannya dengan yang baru.

9. DISPLAY

Non System Disk OR Disk Failure
Ini disebabkan oleh komputer membaca sistem bootign dari Drive A dan didapati tiada sistem boot didalamnya.

SOLUTION

Keluarkan disket dari Drive A dan ‘press any key to continue’. Sistem akan terus boot daripada Hard Disk.

10. DISPLAY

Error Code [xxx]
[xxx] – mewakili komponen-komponen yang perlu diperiksa dan berkemungkinan rosak. Jadual dibawah menunjukkan kod-kod yang mewakili komponen-komponen tersebut.

  Kod Kesalahan Komponen yang perlu diperiksa
101-199   System Board  
201-299   RAM  
301-399   Keyboard  
601-699   Floppy Drive  
901-999   Printer  
1101-1199   Serial Port  
1701-1799   Hard Disk  

 SOLUTION

Periksa kesemua komponen-komponen mengikut kod-kod yang dipaparkan pada skrin. Pastikan bahawa komponen-komponen ini disambungkan dengan betul pada tempatnya, komponen tidak terangkat daripada motherboard, wayar bekalan kuasa disambungkan pada komponen yang memerlukan bekalan kuasa dan lain-lain lagi.

11. SOUND

Beep kedengaran daripada speaker. Bunyi beep ini membawa makna-makna yang tertentu bagi menentukan komponen-komponen mana yang berkemungkinan rosak.Jadual dibawah menunjukkan bilangan ‘beep’ dan komponen-komponen yang perlu diperiksa:-   

  Bilangan bunyi ‘Beep’     Komponen yang perlu diperiksa
     
1-4   Memory
5   CPU
6   Keyboard
7   CPU
8   Video Card
9   BIOS
10   CMOS
11   Cache Memory

 SOLUTION

* Sama seperti langkah 10.

Kecuali pada komponen-koponen Memory, Cache Memory, CMOS dan BIOS. Perlu boot kembali komputer ini kembali dan tekan Ctrl-Alt-Esc serentak untuk masuk ke ‘Setup’. Pastikan kesemua komponen ini telah disetkan dengan nilai-nilai yang betul mengikut  specifikasi yang terdapat di dalam manual motherboard.


2.HARDISK
Troubleshooting

Cara-cara Format Hard Disk


Sebelum melakukan format ke atas hard disk, pastikan terlebih dahulu bahawa di dalam hard disk tersebut tersebut tiudak terdapat data ataupun data telah dipindahkan kepada cakera keras yang lain. Biasanya hard disk di ‘format’ lain sekiranya ia diserang virus.
Terdapat beberapa cara untuk melakukan format antaranya:-

1. Menggunakan program DEBUG.
2. Menggunakan program FDISK ( Low level format )

Format Menggunakan program DEBUG
  • Mula-mula pasangkan dengan lengkap Hard Disk yang hendak diformat pada satu set komputer yang lengkap.
  • Kemudian ‘Boot’kan komputer dengan mengguakan disket yang mempunyai sistem booting di dalamnya.
  • Taipkan arahan DEBUG pada
    A:> prompt dan tekan ENTER

    A:> DEBUG
  • Selepas itu dibawah arahan ini taipkan seperti beikut:-

    A:> DEBUG

    - g=c800:5 Tekan ENTER
  • Selepas keluar arahan RETURN tekan ENTER sekali lagi.
  • Apabila keluar arahan Y/N, kita perlu pilih/tekan ‘N’
  • Hard Disk tersebut akan mula diformat.
Format Menggunakan program FDISK (Low Level Format)

  • Mula-mula ‘set’kan sistem ‘booting’ kepada drive A: dengan cara memasuki ‘Setup’.
  • Kemudian ‘boot’kan komputer tersebut dengan menggunakan disket yang mempunyai sistem ‘booting’ di dalamnya sehingga keluar A:/>.
  • Pada A:> taipkan seperti berikut:-

    A:> FDISK Tekan ENTER
  • Menu seperti berikut akan dipaparkan pada skrin:-

       Choose one of the following:-
    1. Create DOS partition or Logical DOS Drive.
    2. Set active partition.
    3. Delete partition or Logical DOS Drive.
    4. Display partition information.

    ENTER Choice : [x]
  • Pilih ‘4’ dan tekan ENTER untuk melihat partition-partition yang terdapat didalam hard disk.,br>
  • Setelah pasti partition mana yang hendak di padamkan (delete), pilih ‘3’ dan tekan ENTER untuk memadamkan partition tersebut.
  • Kekalkan partition mana yang tidak mahu di padamkan.
  • Kemudian pilih ‘1’ (Create DOS partition) untuk membina semula partition yang dipadam tadi dan juga untuk membolehkan komputer ini ‘boot’ dengan sendirinya tanpa menggunakan disket.
  • Komputer akan RESTART dengan sendirinya selepas arahan ini.
  • Untuk format hard disk, masukkan disket yang mempunyai arahan format ke dalam drive A dan mulakan format dengan menaip arahan seperti berikut:-

    A:> format c:/s/v
  • Kemudian satu arahan untuk kepastian akan dipaparkan pada skrin. Pilih ‘Y’ untuk meneruskan arahan format ataupun ‘N’ sekiranya tidak mahu format hard disk tersebut.
3.POWERSUPLY

SYMPTOM 1 : Talian kuasa ‘BLACKOUT’

Faktor :
  • Guruh atau dipanah petir
SOLUTION
1. Tutup unit bekalan kuasa.
2. Cabut plug daripada soketnya.
3. Tunggu beberapa minit setelah kuasa kembali pulih sebelum menghidupkan semula unit bekalan kuasa.

SYMPTOM 2 : Sistem komputer ‘BLACKOUT’. Tiada bekalan kuasa pada mana-mana bahagian.

Faktor :
  • Fius terbuka
  • Perintang penghad rosak
  • Transistor rosak
  • Rektifier Diod rosak
  • Litar utama terbuka pada transformer utama
Faktor Utama adalah berlaku litar pintas atau komponen-komponen terlalu panas.
Pastikan :
Adakah semua kabel dimasukkan dengan betul?
Apakah suis telah di ‘ON’ kan?

SOLUTION
1. Cari punca yang menyebabkan berlakunya pintasan dan buang.
2. Gantikan komponen-komponen yang rosak dengan yang baru.

SYMPTOM 3 : Voltan keluaran yang rendah.

Faktor :
  • Litar Rektifier Diod terputus
  • Diod berintangan tinggi
  • Kapasitor penapis litar terbuka
  • Rektifier Diod rosak
  • Transformer terlalu panas
SOLUTION
1. Cari komponen-komponen yang rosak dengan mengguna Multimeter/Huntron Traker.
2. Gantikan dengan komponen-komponen yang baru.

SYMPTOM 4 : Keluaran Voltan DC lebih tinggi dari kebiasaan.

Faktor :
  • Kerosakan pada litar Regulator.
SOLUTION
1. Periksa IC TL494, transistor-transitor dan diod-diod pada litar Regulator.   

4.KEYBOARD
Cara-cara Servis Keyboard

  • Mula-mula buka casing yang mengikat kekunci (key) dengan cara membuka skru pada bahagian belakang keyboard.
  • Cuci casing tadi dengan menggunakan spray cleaner.
  • Selepas itu bersihkan papan litar keyboard dengan menggunakan vakum untuk membuang habuk-habuk yang lekat pada papan litar tersebut.
  • Kemudian buka satu persatu penutup kekunci keyboard dan cuci dengan menggunakan spray cleaner.
  • Cara membukanya ialah dengan mencungkil penutup itu dengan menggunakan pemutar skru ataupun testpen.
  • Bersihkan bahagian dalam kaki kekunci keyboard dengan menggunakan Spray Video 90.
  • Akhir sekali pasangkan kembali casing keyboard dengan mengetatkan kembali skru yang dibuka.
Jenis-jenis Kerosakan Pada Papan Kekunci (Keyboard)

  • Antara kerosakan pada papan kekunci yang biasa ditemui ialah kekunci tidak dapat berfungsi.
  • Kerosakan seterusnya ialah papan kekunci tersebut seolah-olah gila, iaitu ia mengeluarkan bentuk-bentuk yang tidak difahami atau berlainan daripada apa yang ditaip ke atas papan kekunci.
  • Ini adalah kerana BIOS CHIP dalam papan kekunci tersebut mengalami kerosakan dan keadaan ini tidak dapat dibaiki kerana tidak  mempunyai alat ganti.

Mengesan Kerosakan Kekunci dengan Menggunakan Multimeter.

Langkah-langkah mengesan kerosakan kekunci dengan menggunakan multimeter ialah:-

  • Buka casing papan kekunci. Laraskan julat multimeter pada julat ohm x 10 ohm. Kemudian letakkan wayar probe multimeter pada kedua-dua kaki kekunci yang dikhuatiri rosak.
  • Jika kekunci dalam keadaan baik, Bila kita menekan kekunci, penunjuk multimeter akan bergerak ke kanan dan bila kekunci tidak ditekan, penunjuk multimeter kekal  dalam keadaan infiniti.
  • Jika kekunci dalam keadaan tidak baik atau rosak, Bila kita menekan kekunci, penunjuk multimeter kekal pada keadaan inifiniti dan bila kita tidak menekan kekunci penunjuk multimeter juga dalam kedaan yang sama.
  • Jika sekiranya kekunci mengalami kerosakan, gantikan kekunci tersebut dengan yang baru.

Cara-cara untuk Menjaga Keyboard

Terdapat banyak cara untuk menjaga keyboard supaya ia terhindar daripada sebarang kerosakan. Antaranya termasuklah seperti:-

  • Elakkan satu tabiat yang tidak baik iaitu merokok semasa menggunakan komputer.
  • Buat ujian dengan menggunakan satu software khas iaitu software Qaplus untuk mengesan kekunci manakah yang kurang baik dan  baiki jika kekunci didapati rosak.
  • Hindarkan daripada habuk dan sentiasa gunakan penutup keyboard.
  • Simpan keyboard di tempat yang tertutup dan berhawa dingin.
  • Semasa membuat pembersihan pada keyboard, keyboard hendaklah diterbalikkan supaya segala bendasing yang terdapat di dalam  atau di celah-celah kekunci jatuh.

Troubleshooting

Jenis kerosakan: Sebahagian kekunci mengeluarkan aksara yang salah. Komputer tersalah membaca fail yang betul. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh kecuaian semasa membuat upgraded dari satu DOS version ke DOS version yang lain.

Jenis kerosakan: Paparan skrin ‘Check Keyboard dan Mouse’. Paparan ini adalah bukan satu kerosakan kerana ia terjadi kerana komputer gagal mencari kod-kod yang yang membolehkan ia mengesan keyboard dan mouse. Paparan di atas juga akan kelihatan sekiranya penguna salah meng’set’kan keyboard AT dengan keyboard XT. Ia juga terjadi disebabkan port untuk keyboard dipasang terbalik. Namun sekiranya keyboard boleh digunakan tanpa masalah, paparan ini boleh diabaikan.

Jenis kerosakan: Satu huruf atau nombor (aksara) terus dipaparkan pada komputer apabila sistem dihidupkan. Mungkin disebabkan oleh kekunci tersebut sentiasa tertekan pada keyboard.
Cara membaiki:
  • Buka casing keyboard.
  • Cuci bahagian dalam keyboard dan vakum habuk-habuk yang terdapat di dalamnya sehingga bersih.
  • Jika terdapat key yang rosak, buat gantian dengan key yang baru.
  • Akhir sekali uji keyboard tersebut.

Jenis kerosakan: Tiada nyalaan LED Num Lock, Caps Lock dan Scroll Lock.

Cara membaiki:
  • Mula-mula periksa kabel yang menghubungkan keyboard dengan komputer.
  • Periksa connector yang menyambungkan komputer dengan keyboard kerana berkemungkinan connector itu longgar.
  • Jika connector longgar, cuba ketatkan.
  • Jika tiada perubahan berlaku, cuba tukar keyboard tadi dengan keyboard yang baru.
  • Jika keyboard baru juga mengalami masalah yang sama berkemungkinan:-

i) Bekalan +5 VDC mengalami kerosakan.
ii) Bahagian dalaman komputer rosak.

Jenis kerosakan: Semua kekunci mengeluarkan aksara salah apabila ditekan. Kerosakan ini boleh diuji dengan membuat perbandingan dengan keyboard yang baru. Jika keyboard baru berfungsi dengan baik, maka keyboard lama mungkin mengalami kerosakan pada bahagian dalaman
Masa l Time
 
Counter
 
hit counter code
JUMLAH PENGUNJUNG DARI 05/11/08
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free